Berita

DADAH RM8 JUTA DIRAMPAS

DADAH RM8 JUTA DIRAMPAS

Bukit Aman, 9 Jun – Lagi sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah berjaya merampas dadah bernilai RM8 juta dalam dua serbuan membabitkan dua lelaki tempatan di Seremban, Negeri Sembilan, 7 Jun lalu.

Dalam serbuan yang pertama, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Negeri Sembilan telah menahan dua lelaki tempatan di sebuah restoran makanan segera di Seremban dan menemui pil-pil Eramin 5, Ekstasi dan beberapa gram ketamin yang dijumpai dalam kereta yang dinaiki oleh kedua-dua suspek.

Tangkapan tersebut membawa kepada serbuan ke atas sebuah pangsapuri yang dijadikan stor simpanan sindiket itu di Cheras Baru, Selangor dan pihak polis telah berjaya menemui ribuan pil jenis Eramin, Ekstasi serta dadah jenis Ketamin.

Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 34 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihak polis kini masih giat mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat.

antara hasil-hasil rampasan dadah.. 

Sidang media dikendalikan oleh Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.. 

Sidang media dikendalikan oleh Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.. 

Pengarah JSJN bersama dengan pegawai-pegawai penyiasat menunjukkan hasil-hasil rampasan dadah kepada pihak media..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS