Berita

PDRM LANCAR KEMPEN “TURN BACK CRIME” BANTERAS JENAYAH

Kuala Lumpur, 5 Jun – Kesedaran masyarakat berkenaan jenayah global masa kini menjadi keutamaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat sekaligus pelbagai aktiviti tidak bermoral yang merentas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

Dalam mencapai misi dan visi sebagai pasukan keselamatan di negara ini, PDRM telah melancarkan kempen kesedaran global "Turn Back Crime" di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman yang telah dirasmikan oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne, yang mewakili Ketua Polis Negara pagi tadi.

Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan bahawa objektif kempen yang dijalankan adalah mewujudkan kesedaran disamping mengeratkan hubungan antara negara-negara terlibat serta menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Kempen tersebut merupakan inisiatif INTERPOL General Sacetariat semasa persidangan ke-10 Head of National Central Bureaus (NCB) yang diadakan di Lyon, Perancis pada 2 hingga 4 April lalu dan pada hari ini dengan kerjasama 190 buah negara termasuk Malaysia ia dilancarkan.

Selain meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan bahaya jenayah terancang, kempen "Turn Back Crime" turut mempromosi peranan INTERPOL dalam pembanterasan jenayah seterusnya mencapai matlamat utama iaitu meraih sokongan masyarakat kepada badan kepolisan antarabangsa dalam menjayakan misi untuk menjadikan dunia lebih selamat.


Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza BIN Nazarenne.


YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne menyampaikan ucaptama perasmian.


YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melancarkan gimik perasmian.


Antara yang hadir.




YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melawat sekitar ruang pameran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS