Berita

PDRM UNGGULI KEJOHANAN PERAHU NAGA

PDRM UNGGULI KEJOHANAN PERAHU NAGA
Berita : Sjn Zaiddin Dahalan, Kpl Mohd Shareel Shahriman 


Putrajaya, 1 Jun - Polis Diraja Malaysia telah mengibarkan Sang Saka Biru apabila menjadi Johan dalam dua acara di Kejohanan Antarabangsa Perahu Naga 1 Malaysia dan Kejohanan Bekas Pesakit Barah 2014 yang telah berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.


Kedua-dua acara tersebut ialah acara Perahu Naga Terbuka 12 Pendayung 500 meter dan acara Perahu Naga 12 Pendayung Campuran 500 meter (Malaysia Premier Mixed and Open) dan tempat Ketiga dalam acara Perahu Naga Terbuka 12 Pendayung 500 meter dan acara Perahu Naga 12 Pendayung Campuran 500 meter (International Premier Mixed and Open).



Bertemakan '1 Negara 2 Bandar, Ribuan Peserta Antarabangsa Dalam Perlumbaan Terbaik Dunia', kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Dragon Boat Malaysia dan Persatuan Dragon Boat Putrajaya.


Pasukan kayak dan perahu panjang Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali ramai dengan 'Dragon Boat Team PDRM' telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan berpusat di Pangkalan Pasukan Polis Marin Putrajaya di bawah Penaung Sukan Air Polis Diraja Malaysia, Komander Pasukan Polis Marin PDRM.



"Dragon Boat Team PDRM telah mempamerkan peningkatan cemerlang samada diperingkat kejohanan tempatan mahupun di kejohanan luar negara dan kini, pasukan ini adalah antara pasukan yang digeruni dalam pertandingan Dragon Boat Race", ucap Inspektor Khalid bin Mohamed Ali, Pengurus Pasukan Perahu Naga PDRM.



Hasil kesungguhan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi, 'Dragon Boat Team PDRM' telah memperlihatkan pencapaian yang amat cemerlang sejak tahun 2012.



Antara kejayaan yang di capai oleh 'Dragon Boat Team PDRM' ialah 2 pingat emas di Kejohanan Sukan Air Hari Wilayah 2012 (acara perahu panjang terbuka 12 pendayung lelaki dan wanita 500 meter), 2 pingat emas dan 1 perak di Temasya Sukan Air 2012 Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ( acara perahu panjang badan beruniform 22 pendayung lelaki dan tertutup 1000 meter dan acara perahu panjang juara antara juara 22 pendayung lelaki 1000 meter).



Di kejohanan Karnival Sukan Air Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012, 'Dragon Boat Team PDRM' telah merangkul 2 pingat emas bagi acara perahu panjang 12 pendayung lelaki dan wanita 500 meter, I pingat emas Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Melaka 2012 ( acara perahu panjang 12 pendayung lelaki 300 meter), 2 pingat emas Penang Internasional Dragon Boat Festival ( acara campuran 22 pendayung 500 meter dan 200 meter), 1 pingat emas, The Boat Race For Royal Throphy Narathiwat (acara perahu panjang 12 pendayung lelaki 300 meter), 2 pingat emas , Head Of Putrajaya (acara perahu panjang 22 pendayung lelaki dan campuran 5000 meter) dan 1 pingat emas dan 1 perak di kejohanan First Celebes Internasional Dagon Boat Makassar Indonesia (acara terbuka 12 pendayung campuran 500 meter dan mewakili Malaysia 22 pendayung lelaki 500 meter).



Bagi tahun 2013, 'Dragon Boat Team PDRM' telah merangkul 2 pingat emas di Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya (acara perahu panjang terbuka 10 pendayung lelaki dan campuran 500 meter), 1 pingat emas di Festival Jemputan Antarabangsa Sungai Melaka (acara perahu panjang terbuka 10 pendayung lelaki 250 meter), 2 pingat perak di Karnival Sukan Air ‘Monsoon Cup Malaysia (acara perahu panjang terbuka 20 pendayung lelaki 250 meter dan acara ombak ‘challenge’ berpasukan 100 meter) dan 1 pingat perak The Boat Race For Royal Throphy Narathiwat (acara perahu panjang 10 pendayung lelaki 250 meter).





Pasukan 'Dragon Boat Team PDRM'













'Dragon Boat PDRM'....







Aksi-aksi perlumbaan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS