Berita

Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Trafik Pasukan

Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Trafik Pasukan

Bukit Aman, 28 Mei - Majlis Serah Terima Tugas, Timbalan Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di tingkat 21, Menara 1, Bukit Aman petang tadi.

ACP Mahamad Akhir bin Darus dari Pengurusan Keselamatan Kebombaan, Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Trafik Pasukan, Polis Diraja Malaysia mengantikan ACP Hj. Toha bin Abdullah yang akan bersara pada 29 Mei 2014.


Dalam ucapannya, ACP Mahamad Akhir bin Darus memohon kerjasama dari semua Pegawai Turus Trafik peringkat Kontinjen dan Bukit Aman untuk turut bersama beliau memperkasa dan meningkatkan imej Cawangan Trafik supaya segala usaha dan pengorbanan polis trafik dihormati masyarakat.


Majlis tersebut telah disaksikan oleh YDH SAC Haji Mohd Fuad bin Abd Latiff, Ketua Trafik Pasukan dan dihadiri oleh KJKA/KTN Kontinjen, PT Trafik Kontinjen dan Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Trafik, Bukit Aman.



Pengacara majlis...


Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat...



Antara yang hadir...


Ucapan aluan oleh YDH SAC Haji Mohd Fuad bin Abd Latiff, Ketua Trafik Pasukan


Menandatangani dokumen penyerahan tugas...


Serah Terima Tugas ...


Ucapan oleh ACP Hj. Toha bin Abdullah


Ucapan oleh ACP Mahamad Akhir bin Darus

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS