Berita

40 TAHUN MENABUR BAKTI, JASA DAN PENGORBANAN DIHARGAI

40 TAHUN MENABUR BAKTI, JASA DAN PENGORBANAN DIHARGAI

Pulapol, 29 Ogos – Bermula dengan Konstable Pelatih sehingga menjawat jawatan Pengarah di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), jasa dan pengorbanan CP Dato’ Seri Salleh Mat Rasid akan terpahat dalam hati sanubari setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana beliau akan bersara wajib pada hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur di antara CP Dato’ Seri Salleh Mat Rasid dan DCP Datuk Abdul Razak Abdul Ghani yang akan memangku jawatan Pengarah dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Abu Bakar.

Sepanjang 40 tahun menabur bakti dan keringat, beliau telah menunjukkan kesetiaan dan komitmen kepada pasukan dan banyak membantu PDRM menangani pelbagai cabaran antaranya isu pencerobohan di Lahad Datu dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

Persaraan CP Dato’ Seri Salleh telah diraikan dalam satu istiadat Paluan Berundur di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, barisan Pengarah PDRM, pelbagai lapisan warga PDRM dan rakan media 

Turut berlangsung majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP KDN/KA oleh Datin Sri Puziah Bahari kepada Datin Rosni Mohamad.


Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan KDN/KA di antara YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid dan YDH Dato' Abdul Razak bin Abdul Ghani dan disaksikan oleh YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.


Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA di antara Y.Bhg Datin Sri Puziah bin Bahari dan Y.Bhg Datin Rosni binti Mohamad dan turut disaksikan oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim.


Sekitar Majlis Paluan Berundur.


Sekitar Majlis Paluan Berundur.


Sekitar Majlis Paluan Berundur.


Sekitar Majlis Paluan Berundur.


Sekitar Majlis Paluan Berundur.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS