Berita

TIGA LELAKI DISYAKI CUBA MENCURI BESI DITAHAN

Kuantan, 23 Jun- Tiga lelaki ditahan selepas disyaki cuba mencuri besi di kawasan tapak pembinaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Gambang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas berkelakuan mencurigakan semasa anggota Balai Polis Gambang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan
berkenaan.

"Dalam kejadian 11.45 malam itu, polis terserempak dengan suspek yang disyaki mencuri besi di kawasan tapak pembinaan itu dengan menggunakan sebuah van.

"Semasa menghampiri mereka, suspek cuba melarikan diri namun anggota polis berjaya menangkap mereka selepas bergelut beberapa minit," katanya hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS