Berita

PERDANA MENTERI BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA PDRM


Kuala Lumpur, 1 Julai
- Bagi mengimarakhkan lagi bulan Ramadhan kali ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan Majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang semalam.

Majlis pada kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan sebanyak 15,000 unit perumahan baru untuk warga PDRM serta sumbangan RM1juta untuk masjid-masjid PDRM seluruh negara.

Selepas solat maghrib berjemaah,Perdana Menteri menyampaikan sumbangan duit raya dan bungkusan hari raya kepada anak-anak yatim di kalangan warga PDRM serta simbolik penyerahan kurma kepada wakil imam-imam masjid PDRM seluruh negara.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Alwi Hj Ibrahim, pucuk pimpinan PDRM, tetamu-tetamu kenamaan ,warga PDRM, pesara polis dan warga KDN.


Ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak 


Ketibaan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak 


Ucapan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar


Penyampaian sumbangan Duit raya dan bungkusan hari raya kepada anak- anak yatim di kalangan warga PDRM


Tetamu-tetamu yang hadir 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS