Berita

RAGBI PERSAHABATAN : PDRM TERIMA KUNJUNGAN SRI LANKA POLICE RUGBY TEAM

Kuala Lumpur, 16 Okt –Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan satu perlawanan ragbi persahabatan dengan Pasukan Ragbi Polis Sri Lanka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.

Perlawanan amat menarik dengan menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan mengutip mata.

Kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan dengan PDRM ditundukkan oleh pasukan pelawat dengan jumlah mata 21 berbalas 27.

Perlawanan pada hari ini turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), DCP Dato' Abdul Ghaffar Rajab , Ketua Polis Kedah, CP Dato' Zamri Yahya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato' Ruslan Hassan, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Dato' Abdul Hamid Mohd Ali serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Dato' Abdul Hamid Mohd Ali menyampaikan pesanan kepada pemain-pemain PDRM..


Sebelum perlawanan bermula...


Sebelum perlawanan bermula...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Tetamu utama yang hadir...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Sekitar perlawanan...


Selepas perlawanan.. 


Selepas perlawanan...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS