Berita

SINDIKET DADAH TUMPAS, PELBAGAI JENIS DADAH BERNILAI RM1.14 JUTA DIRAMPAS

SINDIKET DADAH TUMPAS, PELBAGAI JENIS DADAH BERNILAI RM1.14 JUTA DIRAMPAS

KUALA LUMPUR, 22 Oktober– Lima rakyat tempatan, masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berjaya ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sekaligus melumpuhkan sindiket pengedaran dadah melibatkan rakyat tempatan pada 21 Oktober lalu.

Serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kepong dan Gombak turut membawa kepada rampasan 10,015 biji pil ekstasi, 39 biji pil eramin, 108 gram ketamine dan 9.78 liter cecair disyaki dadah yang keseluruhannya bernilai RM1.14 juta.

Pihak polis juga turut merampas wang tunai berjumlah RM181,000, sebuah kereta mewah dan enam utas jam tangan mewah pelbagai jenama dipercayai milik anggota sindiket terbabit.

Kesemua suspek yang berusia 32 hingga 43 tahun itu kini ditahan reman sehingga 27 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Timbalan Pengarah JSJN menunjukan barang yang dirampas..


DCP Dato' Pahlawan Mohd Dzuraidi Bin Ibrahim dalam sidang media beliau...


Botol air yang digunakan bagi mengedar dadah..


Pil - pil ekstasi yang dirampas....


Jam tangan yang dirampas.. 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS