Berita

IFG 2015: ATLET SUKAN PDRM SELAMAT TIBA DI SINGAPURA

Singapura, 27 Oktober- Kumpulan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 122 atlet dan 35 sekretariat selamat tiba di ibu kota negara Singapura bagi menghadapi kejuaraan Inter Forces Games (IFG) 2015 yang akan bermula esok, 28 Oktober hingga 30 Oktober ini.

Commander, Transport Security Command (Transcom), Singapore Police Force (SPF) merangkap Vice Chairman, Police Sport Association SPF, DAC Lee Su Peng dalam ucapan aluannya berharap kerjasama yang terjalin sejak sekian lama diantara kedua-dua pasukan negara berjiran ini akan terus berkekalan dengan cemerlang di masa hadapan.

"Kami (SPF) begitu teruja menerima kehadiran atlet PDRM pada tahun ini dan diharapkan semua seronok sepanjang empat hari berada di negara Singapura ini", katanya.

Beliau turut menasihati semua atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini supaya menjaga kesihatan dengan lebih meminum air kerana cuaca yang berjerebu dan panas.

Terdahulu kumpulan atlet PDRM telah diberikan sambutan rasmi oleh SPF sejurus tiba di Home Team NS Sembawang Clubhouse sebentar tadi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Antara yang hadir dalam sambutan rasmi itu adalah Pengarah Pengurusan, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah dan isteri, Datin Nooraini Abd. Jalil, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato' Zaleha Abd. Rahman, Dato'-Dato' Pegawai Kanan PDRM dan para pegawai kanan SPF.

‪#‎interforcesgames2015‬ ‪#‎ifg2015‬ ‪#‎polisdirajamalaysia‬ ‪#‎pdrm‬‪#‎singaporepoliceforce‬ ‪#‎spf

1
Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM.

2
Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM.

3
Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM.

5
Ketibaan delegasi PDRM disambut mesra Pegawai Kanan SPF

6
Sekitar majlis.

7
Sekitar majlis.

8
Tuan Lee Su Peng dari SPF.

9
Para atlet dijamu dengan hidangan tengahari yang menyelerakan.

10
Para atlet dijamu dengan hidangan tengahari yang menyelerakan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS