Berita

KOPERASI POLIS TANDATANGANI MOU DENGAN STERLING INSURANCE BROKERS SDN. BHD, ETIQA TAKAFUL BERHAD DAN MPI GENERALI INSURANS BERHAD

Oleh : S/Insp. Megat Nizar

Kuala Lumpur, 29 Februari 2016 – Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPD) Berhad, koperasi yang mengutamakan peningkatan taraf sosio-ekonomi ahli-ahlinya, hari ini telah menandatangani perjanjian kerjasama (MoU), bersama Sterling Insurance Brokers Sdn. Bhd, Etiqa Takaful Berhad dan MPI Generali Insurans Berhad, untuk membangunkan skim insuran pelbagai manafaat khusus buat kesejahteraan 80,754 orang ahli-ahlinya.

Majlis tandatangan itu diadakan di antara , Setiausaha KPD Berhad, Dato’ Mohd Sakaruddin Che Mood, Ketua Pegawai Eksekutif Sterling Insurance Brokers Sdn. Bhd , Abdul Halim Jantan, Ketua Pegawai Operasi Etiqa Takaful Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Pembrokeran MPI General Insurans Berhad, Dato’ Shazme Sulaiman.

Majlis disaksikan oleh Pengerusi KPD Berhad, Dato’ Sri Syed Ismail Dato’ Haji Syed Azizan

Menurut Dato’ Sri Syed Ismail, “Koperasi sentiasa mencari peluang untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti baru demi mengembangkan rantaian nilai, yang secara langsung dapat memberi nafas baru kepada kemajuan dan pembangunan koperasi, untuk mencapai manafaat keahlian yang bernilai dan dihargai oleh para ahli koperasi”.

“Demi mencapai objektif tersebut KPD beriltizam untuk menaiktaraf Cawangan Insuran agar berdaya saing dan berubah dari ‘cost centre’ menjadi ‘profit centre’ dan langkah pertama ke arah iltizam itu adalah dengan menjayakan Skim Keahlian Koperasi yang menyediakan Gaya Hidup Lebih Terjamin”, kata Dato’ Sri Syed Ismail ketika menyampaikan ucapan di majlis itu.

Ketika ini, skim-skim insuran pelbagai manafaat tersebut terbahagi kepada dua pengkhususan, iaitu Skim Kop Perubatan KPD dan Skim Berkelompok KPD. Namun skim-skim lain seperti perlindungan rumah dan sebagainya akan dibangunkan secara berperingkat oleh KPD dan Sterling, demi manafaat kepada ahli KPD.

Ahli-ahli KPD yang melanggani skim-skim tersebut akan menerima kad kemudahan anggota istimewa atau ‘KAD PRIVILEGE KPD’ yang memberikan pelbagai manafaat lebih dari perlindungan perubatan, termasuk diskaun perkhidmatan perundingan pesakit luar, akses kepada panel bantuan perkhidmatan berkaitan rumah, khairat kematian dan pengurusan jenazah lengkap serta program kesetiaan bersama RealRewards.

Pada majlis itu, Dato’ Sri Ismail turut melancarkan KAD PRIVILEGE KPD, dengan manafaat Loyalty Real Reward dengan pelbagai baucer diskaun, baucer pakej dan pengumpulan mata ganjaran di mana-mana kedai dan panel peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara di samping kad tersebut berperanan sebagai kad kemasukkan hospital sebagai surat jaminan kepada ahli dan keluarga yang dilindungi di bawah Skim KOP Perubatan KPD.


Pertukaran dokumen di antara Dato' Mohd Sakaruddin Che Mood dengan Abdul Halim Jantan, disaksikan oleh Dato' Haji Syed Azizan..


Dato' Sri Syed Ismail menandatangani Kad Privilege KPD...


Kad Privilege KPD untuk setiap ahli KPD Berhad..


Abdul Halim Jantan menyampaikan cenderamata kepada Dato' Sri Ismail..


Bergambar kenangan bersama Ahli Lembaga Pengarah KPD Berhad di majlis tersebut...


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS