Berita

PELANCARAN OP SELAMAT 9 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Asiff Jamaluddin

Shah Alam, 28 Jun – Utamakan aspek keselamatan dan jangan mementingkan diri ketika kesesakan lalu lintas tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika merasmikan OP Selamat Sembilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di sini hari ini.

Beliau dalam sesi sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya termasuk Op Perangkap Had Laju di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan jalan-raya agar keselamatan pemandu dapat diberi keutamaan.

OP Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri Sembilan akan mula berkuatkuasa esok dan berakhir pada 13 Julai depan. Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, PDRM turut memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan nanti.

“Maklum kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai polis berdekatan, Portal Rasmi PDRM atau Sistem SMS Rakan COP”, tambah Pengarah JPJKK lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus, Pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi, Warga UiTM dan rakan media.

_MG_1006
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani melekatkan sitcker penempatan lokasi subtek 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS