Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA NETHERLANDS DAN PESURUHJAYA TINGGI SRI LANKA

Bukit Aman, 20 September 2016 – Duta Netherlands, H.E. Karin Mossenlechner, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Turut berlangsung selepas itu adalah kunjungan hormat oleh Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, H.E Ibrahim Ansar.

Kedua-dua kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan di samping bertukar pendapat dalam menjaga hubungan baik kedua-dua negara terutamanya dalam aspek keselamatan serantau.

Hadir sama adalah Pengarah Cawangan Khas, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Huzir Mohamed, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Mohamad Anil Shah.

1
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Duta Netherlands, H.E. Karin Mossenlechner.

_MG_7887
Gambar kenangan..
_MG_7912
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, H.E Ibrahim Ansar.

_MG_7929
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, H.E Ibrahim Ansar. 

2
Gambar kenanangan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS