Berita

272 PESARA DAN BAKAL PESARA PERINGKAT BUKIT AMAN DIRAI


Kuala Lumpur, 10 Disember 2016- Seramai 272 pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, malam tadi.

Majlis seumpama ini merupakan satu acara tradisi sebagai tanda penghargaan dan bagi menzahirkan kenangan buat warga PDRM yang akan meninggalkan pasukan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Memetik dari ucapannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang diraikan di atas segala sumbangan bakti yang telah dicurahkan, yang mana ianya tidak dapat dihitung dan dibalas dengan wang ringgit sebagai tunjang dalam membantu meletakkan nama PDRM gah di tahap tertinggi.

Beliau turut mengingatkan kepada warga PDRM yang bersara dan akan bersara agar memanfaatkan sepenuhnya persaraan ini untuk berehat dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Jalaluddin Abdul Rahman, pegawai kanan, anggota PDRM, Pegawai Awam dan dif-dif jemputan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan


Ucapan balas oleh wakil pesara, Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim, bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, (KDNKA)


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Jalaluddin Abdul Rahman


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada pesara dan bakal pesara peringkat Bukit Aman Tahun 2016


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada pesara dan bakal pesara peringkat Bukit Aman Tahun 2016


Sekitar Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL


Sekitar Majlis Meraikan Pesara Dan Bakal Pesara Peringkat Bukit Aman Tahun 2016 bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS