Berita

PENJENAMAAN SEMULA DEWAN BANQUET PULAPOL KL


Kuala Lumpur, 21 Disember 2016- Dewan Banquet Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL hari ini secara rasminya dinamakan sebagai Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, di sini, petang tadi.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bagi menaiktaraf kegunaan dan kesediaannya bagi menempatkan majlis-majlis rasmi PDRM seiring dengan nama barunya.

Komandan PULAPOL KL, Dato’ Zahari Hj.Mohd Yusuff dalam ucapan aluannya menyifatkan penjenamaan ini adalah sebagai salah satu penghargaan dan penghormatan terhadap Ketua Polis Negara dengan mengabadikan nama peneraju tertinggi kepimpinan PDRM.

Dalam pada yang masa yang sama, Dato’ Zahari Hj. Mohd Yusuff berkata, pemeliharaan beberapa aset serta kelengkapan lama milik PDRM merupakan sebahagian inisiatif untuk tatapan generasi yang akan datang.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj.Mohd Shariff, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Abd Manan Mhd Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Dato’ Mahamad Akhir Darus, barisan pegawai kanan dan warga PDRM.



Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar 



Komandan PULAPOL KL, Dato’ Zahari Hj.Mohd Yusuff ketika menyampaikan ucapan aluannya



Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani plak simbolik perasmian  Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar menggantikan nama asal Dewan Banquet, PULAPOL KL



Sekitar Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, PULAPOL KL



Sekitar Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, PULAPOL KL



Sekitar Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, PULAPOL KL



Sekitar Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, PULAPOL KL

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS