Berita

TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANGTAHUN UTK KE-42


Kuala Lumpur, 1 Januari 2017 - Sempena ulangtahun penubuhan Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-42 tahun, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid Bukit Aman, malam tadi.

Majlis diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama pegawai kanan dan anggota dalam pasukan UTK sekaligus merapatkan jalinan ukhuwah di antara satu sama lain.

Komander Unit Tindakhas (UTK), Dato’ Hazani Ghazali dalam ucapannya berkata PDRM amat menghargai sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh UTK dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara dari dulu sehingga kini.

Beliau turut menyarankan para hadirin bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada wira-wira yang terlebih dahulu menghadap Ilahi agar roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan itu juga, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid turut memberi sumbangan kepada 34 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Majlis turut dihadiri Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Sharifuddin Ab. Ghani, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) Bukit Aman, Dato’ Azizan Abd Aziz, barisan pegawai kanan dan anggota UTK PDRM.


Komander Unit Tindakhas (UTK), Dato’ Hazani Ghazali ketika menyampaikan ucapan



Sekitar Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulangtahun UTK Ke-42 di Masjid Bukit Aman



Sekitar Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Ulangtahun UTK Ke-42 di Masjid Bukit Aman



Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK, Datin Fadziah Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada 34 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia



Bergambar kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS