Berita

ULANGTAHUN UTK KE-42, UJI KETAHANAN FIZIKAL DAN MENTAL

 
Kuala Lumpur, 1 Januari 2017- Menginjak ke usia 42 tahun sejarah penubuhannya, Unit Tindakhas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan acara Marathon dan Senamrobik sempena ulangtahun Pasukan Gerakan Khas PDRM tersebut bertempat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Aktviti yang sinonim dengan pasukan tersebut juga merupakan acara wajib tahunan UTK bagi menguji tahap ketahanan fizikal dan mental bagi mengekalkan stamina operatif UTK selaras dengan jolokan unit tersebut “Tangkas Banteras Ganas”.

Acara tersebut melibatkan penyertaan lebih kurang seramai 100 orang pegawai kanan dan anggota mengikut pecahan kategori berpasukan, Individu bawah 39 tahun dan individu atas 40 tahun.

Larian marathon dengan jarak 16 kilometer tersebut bermula dari perkarangan Ibu Pejabat Unit Tindakhas Bukit Aman melalui Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pintu A Bukit Aman, sekitar Taman Botani Perdana, Carcosa, Masjid Negara dan Pintu B Bukit Aman sebelum berakhir semula di perkarangan Ibu Pejabat Unit Tindakhas.

Selesai larian marathon acara diteruskan dengan sesi senamrobik oleh ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) UTK.

Hadir sama dalam acara Marathon dan Senamrobik tersebut, Komander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazali, barisan pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga UTK PDRM.


Peserta marathon dilepaskan dari Ibu Pejabat UTK, Bukit Aman oleh Komander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazali


Sekitar acara Marathon Ulangtahun UTK Ke-42




Sekitar acara Marathon Ulangtahun UTK Ke-42



Sekitar acara Senamrobik Ulangtahun UTK Ke-42 



Sekitar acara Senamrobik Ulangtahun UTK Ke-42 


Komander Unit Tindakhas PDRM, Dato’ Hazani Ghazal menyampaikan hadiah kepada pemenang acara marathon mengikut setiap kategori



PERKEP UTK bergambar kenangan



Bergambar kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS