Berita

10 DICEKUP POLIS KETIKA LEKA BERJUDI

Bukit Mertajam, 7 Feb. 2017 - Warga emas antara 10 orang dicekup polis ketika bermain judi pakau di sebuah rumah di Alma di sini, malam tadi.

Semua mereka, termasuk enam wanita berusia antara 55 hingga 71 tahun, dicekup sedang leka berjudi kira-kira 10.40 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti judi haram di situ sebelum melakukan serbuan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM 23,751 dipercayai wang pertaruhan.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS