Berita

PDRM TUAN RUMAH MESYUARAT PERTAMA APFSN

Cheras, 17 Februari 2017 – Mesyuarat Tahunan ‘ASEAN Police Forensic Science Network (APFSN) telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah berlangsung selama tiga hari bermula 15 Februari 2017 lalu di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur.

PDRM yang mewakili Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah dalam mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini sekaligus mengusulkan penubuhan rangkaian kerjasama pakar Forensik daripada Polis seluruh ASEAN.

Seramai 20 wakil delegasi iaitu dua orang wakil dari setiap negara ASEAN telah menyertai mesyuarat ini di mana Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategi), SAC Saiful Azly bin Hj Kamaruddin telah menjadi pengerusi mesyuarat kali pertama ini.

Bertemakan ‘From Crime Scene To Court’, matlamat utama penubuhan APFSN adalah meningkatkan profesionalisme polis, menjalinkan kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam kepolisan serta menggalakkan persahabatan yang berkekalan di kalangan pegawai polis negara-negara anggota.

Dalam pada itu, objektif penganjuran mesyuarat APFSN kali ini adalah untuk menetapkan standard operasi untuk Disaster Victim Identification (DVI) dan Crime Scene Investigation (CSI) di peringkat ASEAN (ASEAN DVI Standard & ASEAN CSI Standard) serta menubuhkan Pasukan AseanapolDVI dan Pasukan AseanapolCSI yang melibatkan kerjasama serantau dalam bertukar-tukar maklumat risikan dan bantuan operasi.

Upacara penutupan Mesyuarat Tahunan APFSN ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan turut dihadiri oleh barisan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

0
Wakil-wakil dari negara anggota yang terlibat dalam Mesyuarat Tahunan ‘ASEAN Police Forensic Science Network (APFSN).

6
Antara yang hadir...

19
Sesi bergambar kenangan di Makmal Forensik PDRM.

27
Sekitar majlis makan malam sempena Mesyuarat Tahunan ‘ASEAN Police Forensic Science Network (APFSN).

32

 
 
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh.

45
Sekitar sesi penyampaian cenderahati.

33
Sekitar sesi penyampaian cenderahati.

Timbalan KPN bergambar kenangan
Sesi bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara.

Timbalan KPN menandatangani buku lawatan
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Timbalan Ketua Polis Negara...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS