Berita

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN PERINGKAT BUKIT AMAN TAHUN 2017


Kuala Lumpur, 30 Mac 2017 – Warga Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menjalani latihan keselamatan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di bangunan Menara 1, di sini, pagi tadi.

Seakan-akan senario sebenar apabila semua pegawai kanan, anggota dan pegawai awam bergegas turun dari setiap aras bangunan melalui tangga dan berkumpul di “assembly point” Mess Pegawai Kanan.

Turut tidak ketinggalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar hadir sama bagi memberi sokongan dalam usaha warga PDRM mendepani situasi bencana yang tidak diduga.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, latihan itu diadakan bertujuan membentuk sikap waspada kepada warganya terhadap bahaya dan ancaman kebakaran.

“Bagi memupuk kesedaran yang berterusan di kalangan warga PDRM, adalah penting bagi menentukan prosedur keselamatan yang baik antaranya kekerapan pemeriksaan, penyelenggaraan dan ‘fire drill’ yang menjadi rutin bagi pencegahan dan pelepasan diri sekiranya berlaku kebakaran”, tambahnya lagi.

“Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa kerja, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang berkolaborasi bagi menjayakan latihan kebakaran pada pagi ini”, ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar sebelum mengakhiri ucapannya tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Dato’ Haji Zulkarnain Mohd Kassim, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Tuan Haji Khairudin Drahman, barisan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sekitar Latihan Keselamatan Kebakaran Peringkat Bukit Aman Tahun 2017 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur


Sekitar Latihan Keselamatan Kebakaran Peringkat Bukit Aman Tahun 2017 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan


Gimik perasmian sempena Penutup latihan keselamatan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar memadam api menggunakan alat pemadam api


Bergambar kenangan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS