Berita

PELAJAR USIM MELAWAT BUKIT AMAN

Bukit Aman, 26 April 2017 – Seramai 30 orang peserta ilmiah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai satu taklimat Lawatan Ilmiah dan Program Eksklusif Bersama Pengerusi Fakulti Program yang diadakan di Auditorium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Komander II, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), SAC Arjunaidi Mohamed.

Dalam taklimatnya, beliau telah berkongsi pengetahuan kepada para peserta mengenai jenis-jenis dadah, keburukan penyalahgunaan dadah serta kesannya kepada masyarakat sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.

Selesai taklimat tersebut, para peserta dibawa mengunjungi Galeri Ketua Polis Negara (KPN) dan Muzium PDRM bagi melihat dengan lebih dekat peralatan bersejarah PDRM yang dipamerkan. 

Turut hadir sama program adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA), USIM, Dr. Mohamad Isa Amat.

Sesi bergambar kenangan
Sekitar bergambar kenangan..

SAC Arjunaidi Bin Mohamed , Timbalan Komander II STING memberi Taklimat
Taklimat yang diberikan oleh Timbalan Komander II, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), SAC Arjunaidi Mohamed.

SAC Arjunaidi Bin Mohamed memberi cenderahati kepada Dr. Mohamad Isa Bin Amat, Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah ( ACREDA)
Timbalan Komander II, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), SAC Arjunaidi Mohamed memberikan cenderahati kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA), USIM, Dr. Mohamad Isa Amat.

Antara Yang hadir
Antara peserta yang hadir..

Antara yang hadir (2)
Antara peserta yang hadir..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS