Berita

250 WARGA PDRM SERTAI PROGRAM DERMA DARAH ANJURAN BRIGED TENGAH PGA

Cheras, 27 April 2017 – Seramai 250 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai pangkat rendah, pegawai awam serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Cheras, Maktab PDRM Cheras, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras telah menjayakan Program Derma Darah anjuran Briged Tengah PGA di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Markas Briged Tengah PGA, Cheras, pagi tadi.

Program derma darah ini diadakan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 dan kemuncak program ini telah disempurnakan oleh Komander Briged Tengah PGA, SAC Adzaman Mohd Jan.

Dalam pada itu, SAC Adzaman Mohd Jan berkata, program seumpama ini adalah sumbangan warga polis Briged Tengah PGA kepada masyarakat bersesuaian dengan tema hari polis iaitu ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Acara program bermula seawal 9.00 pagi hari ini berakhir lebih kurang jam 1.00 petang dan darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara.


Sekitar Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah PGA...

IMG_8008
Sekitar Program Derma Darah Anjuran Briged Tengah PGA...

IMG_7993
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS