Berita

POLIS SUDAH TAHAN GURU DURJANA LIWAT MURID SENDIRI LEBIH 50 KALI

Guru sebuah sekolah rendah ditahan polis di Kapit kelmarin kerana dipercayai meliwat muridnya lebih 50 kali di beberapa lokasi sejak Ogos 2015 hingga Mei lalu.

Suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 10.40 pagi di sekolahnya ketika mengajar susulan satu laporan polis dibuat seorang guru sebuah sekolah menengah di Mukah selepas mangsa yang kini berusia 14 tahun mengadu kepadanya.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati perbuatan keji itu dilakukan suspek sejak mangsa berusia 12 tahun dan belajar di sekolah rendah di Kapit pada 2015.

Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan perbuatan songsang guru sekolahnya itu kemudian meminta keluarganya untuk menyambung pelajaran di sebuah sekolah menengah di Mukah.

"Perbuatan suspek itu bermula ketika mangsa belajar di sekolah rendah di Kapit pada 2015 dan dilakukan di kuaters guru dan hotel murah di Kapit.

"Walaupun sudah berpindah di Mukah, suspek masih meneruskan perbuatannya itu dan menghubungi mangsa sebelum kembali meliwatnya di sebuah hotel di Mukah antara lebih 30 kali tahun lalu dan beberapa kali lagi antara Februari hingga Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, guru sekolah menengah mengesan perubahan sikap mangsa namun pada mulanya pelajar terbabit enggan menceritakan kejadian.

Katanya, selepas dipujuk mangsa akhirnya menceritakan kejadian yang menimpa sebelum guru terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Mukah untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan seks di luar tabii," katanya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS