Berita

PDRM PERKUKUH KERJASAMA DENGAN POLIS THAILAND


Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bersama Royal Thailand Police (RTP) dalam 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di sini, sebentar tadi.

“Mesyuarat tahunan dua hala ini adalah platform yang menyaksikan perkongsian dan pencarian titik persamaan sistem agensi keselamatan kedua-dua negara dalam membasmi jenayah rentas sempadan, ancaman pengganas, dadah dan pemerdagangan manusia ,” ujar Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucaptama sebentar tadi.

Tambah beliau, mesyuarat tahunan ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk pegawai dari kedua-dua agensi untuk mengkaji semula perjanjian sebelumnya, tetapi juga bagi meneroka segala bentuk kerjasama masa hadapan dimana resolusi yang diluluskan adalah selari dengan modus operandi jenayah yang terkini.

Royal Thai Police telah diwakili oleh seramai 18 orang pegawai kanan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Sutep Dechrugsa di mana delegasi tersebut telah tiba pada 17 Julai lalu dan akan mengakhiri kunjungan mereka di Malaysia pada hari ini.

Hadir sama pada hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi), Dato’ Huzir Mohamed, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Sesi menandatangani resolusi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thailand Police (RTP)

Sesi menandatangani resolusi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thailand Police (RTP)

Sekitar Persidangan 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


Sekitar Persidangan 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


Delegasi Royal Thailand Polis (RTP) bergambar kenangan bersama delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS