Berita

JSJ BUKIT AMAN ANJUR PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID.

Kuala Lumpur, 25 Julai 2017 – Selaras dengan usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang murni di kalangan warganya, telah dianjurkan satu Program Pengimarahan Masjid di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, pagi tadi.

Intipati utama program ini adalah sesi ceramah daripada Dato' Mohd Zawawi Yusoh yang bertajuk 'Kepentingan Beristiqamah Dalam Melakukan Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran Bagi Mencapai Taqwa Kepada Allah'.

Program anjuran bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ini juga telah berlangsung selama kira-kira dua jam dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah (KPP) D9 JSJ, SAC Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, pegawai-pegawai kanan, anggota serta pegawai Awam PDRM Bukit Aman.

IMG_9473
Sesi ceramah daripada Dato' Mohd Zawawi Yusoh yang bertajuk 'Kepentingan Beristiqamah Dalam Melakukan Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran Bagi Mencapai Taqwa Kepada Allah'.

IMG_9520
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah (KPP) D9 JSJ, SAC Wan Abdul Aziz Wan Hamzah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

IMG_9455
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah (KPP) D9 JSJ, SAC Wan Abdul Aziz Wan Hamzah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

DSC01958
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan aturcara majlis pada hari ini...

IMG_9509
Sekitar ceramah berlangsung.

IMG_9479
Sekitar ceramah berlangsung.

IMG_9526
Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS