Berita

  • LAWATAN POLIS BEIJING KE ATAS POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

    Aug 31, 2017
    SEPANG, 31 Ogos 2017 - Lawatan Kerja 'Beijing Municipal Police Delegation' ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bermula pada 31 Ogos sehingga 3 September 2017. Kunjungan hormat selama tiga hari ini diketuai oleh Police Commisioner Deputy Head of Beijing Public Security Bureau (PSB) Pan Xu Hong beserta 4 pegawai kanan yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • HARI KEBANGSAAN KE-60 TAHUN NEGARA DISAMBUT MERIAH DAN PENUH PATRIOTIK

    Aug 31, 2017
    Kuala Lumpur, 31 Ogos 2017 - Hari Kebangsaan negara yang ke-60 tahun bagi tahun 2017 hari ini disambut penuh meriah dan patriotik dengan Persembahan khas pentomen 'F Team: Hanya Yang Berani' Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta perarakan pelbagai elemen polis di Dataran Merdeka, selaras dengan tema kebangsaan 'Negaraku Sehati Sejiwa'.
    Baca Lagi
  • KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TPM

    Aug 30, 2017
    Putrajaya, 30 Ogos 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar membuat Kunjungan Hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di pejabat beliau, Banggunan Perdana Putra, dekat sini, pagi tadi.
    Baca Lagi
  • KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PM

    Aug 29, 2017
    Putrajaya, 29 Ogos 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak di pejabat beliau, Bangunan Perdana Putra, dekat sini, pagi tadi. Pertemuan yang berlangsung hampir setengah jam itu diadakan berikutan Tan Sri Khalid yang akan bersara wajib pada 4 September ini.
    Baca Lagi
  • DELEGASI UNSCR TEMUI TIMBALAN KPN

    Aug 28, 2017
    Bukit Aman, 28 Ogos 2017 – Deligasi United Nations Security Council Resolution (UNSCR) 1267 Sanctions Committee yang diketuai oleh H.E. Kairat Umarov, Permanent Representative of Kazakhstan to the United Nation in New York membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bertempat di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
    Baca Lagi
  • OP VULTURE: LELAKI BERGELAR DATO' ANTARA DITAHAN TERLIBAT KES ALONG

    Aug 25, 2017
    Kuala Lumpur, 25 Ogos 2017 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman berjaya menahan 35 individu termasuk seorang lelaki bergelar Dato' yang menjadi ahli sindiket pemberi pinjaman wang haram atau Along yang bergerak aktif di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
    Baca Lagi
  • MALAM MES PENUTUP KURSUS PERINTAH TINGGI POLIS ANTARABANGSA KE-43

    Aug 25, 2017
    Kuala Lumpur, 25 Ogos 2017 – Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa Ke-43 telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis malam mes yang diadakan di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, malam tadi.
    Baca Lagi
  • Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Temui KPN

    Aug 24, 2017
    Kuala Lumpur, 24 Ogos 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Orang Kota Bharu (POKB) , Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad di Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
    Baca Lagi
  • DADAH 100 RIBU DIRAMPAS, 9 LELAKI DITAHAN

    Aug 24, 2017
    Kuala Lumpur, 24 Ogos 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) telah berjaya menahan seramai 9 ahli sindiket warga Afrika dalam 3 serbuan di sekitar kawasan Lembah Klang iaitu Seri Kembangan, Petaling Jaya, Selangor dan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
    Baca Lagi
  • TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERIMA DUA KUNJUNGAN HORMAT

    Aug 22, 2017
    Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017 - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menerima dua kunjungan hormat di Bilik Perbincangan Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman, di sini, tengahari tadi. Beliau menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali dan Ketua Pegawai Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
    Baca Lagi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS