Berita

PERANGI PREMIS JUDI: 66 DITAHAN DI SARAWAK SEPANJANG MINGGU LALU

Kuching, 14 Ogos 2017 - Operasi memerangi perjudian haram terus diperhebatkan di negeri ini, dengan 66 orang ditangkap dalam 30 serbuan di 12 daerah sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sebanyak 23 serbuan terhadap loteri haram, enam judi siber dan satu berjudi di tempat awam yang dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah.

“Daripada 66 individu yang ditahan, 47 orang adalah lelaki dan selebihnya perempuan berusia 18 hingga 65 tahun.

“Sebanyak sembilan serbuan dijalankan di Kuching, Miri (empat), Sri Aman (empat), Padawan (tiga), Sibu (dua), Bintulu (dua) manakala Kota Samarahan, Limbang, Sarikei, Marudi, Lubok Antu dan Belaga masing-masing satu serbuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: Utusan Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS