Berita

MALAM MES PENUTUP KURSUS PERINTAH TINGGI POLIS ANTARABANGSA KE-43

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2017 – Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa Ke-43 telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis malam mes yang diadakan di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, malam tadi.

Kursus tersebut telah diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur bermula 7 Ogos lalu dan telah disertai oleh pegawai-pegawai polis dari 25 buah negara di seluruh dunia.

Ucapan perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bagi mewakili Ketua Polis Negara.

Turut hadir dalam majlis ini adalah barisan pengarah dan timbalan pengarah dari jabatan PDRM serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

1
Sesi bergambar kenangan semua peserta kursus bersama Timbalan Ketua Polis Negara..

2
Sekitar majlis malam mes berlangsung..

3
Sekitar majlis malam mes berlangsung..

4
Sekitar majlis malam mes berlangsung..

5
Sekitar majlis malam mes berlangsung..

6
Sekitar majlis malam mes berlangsung..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS