Berita

KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TPM

Putrajaya, 30 Ogos 2017 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar membuat Kunjungan Hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di pejabat beliau, Banggunan Perdana Putra, dekat sini, pagi tadi.

Pertemuan yang berlangsung hampir setengah jam itu diadakan berikutan Tan Sri Khalid yang akan bersara wajib pada 4 September ini.

Kunjungan ini adalah sebagai kunjungan terakhir beliau sebagai pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi mempertingkatkan lagi organisasi di bawah pucuk pimpinan yang baru.

123
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS