Berita

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KLASIFIKASI LAPORAN POLIS TAHUN 2017

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KLASIFIKASI LAPORAN POLIS TAHUN 2017

Kuala Lumpur, 26 September 2017 - Majlis Perasmian Seminar Klasifikasi Laporan Polis Tahun 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, dekat sini, pagi tadi.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maktab PDRM.

Seminar yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang aspek-aspek pengurusan siasatan PDRM yang melibatkan prosedur, tanggungjawab serta peranan individu itu telah turut berjaya mengumpulkan semua Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai yang ada di seluruh kontinjen.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Noor Rashid berharap dengan adanya seminar seumpama ini akan dapat memastikan warga PDRM yang terlibat sentiasa bersiap siaga dalam memperkasakan keupayaannya menerusi langkah transformasi ke arah “World Class Policing”.

“Kita mestilah memberi perhatian serius untuk meningkatkan sistem penyiasatan yang lebih teratur dan bersistematik, di semua peringkat jabatan agar ianya menjadi satu prioriti kepada kita bahawa siasatan yang dijalankan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi “Standard Operating Procedure”, ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Dato’ Narenasegaran Thangaveloo dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Shamsiah Shariff.

Gambar sekitar majlis.
1

245
3
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS