Berita

JURUKIMPAL DIPERDAYA SINDIKET JUAL KERETA ‘ONLINE’

JURUKIMPAL DIPERDAYA SINDIKET JUAL KERETA ‘ONLINE’

KOTA BHARU - Hanya kerana ingin mendapatkan kereta baru dengan cepat dan mudah seorang jurukimpal menanggung kerugian RM 6,850, selepas diperdaya sindiket jualan kereta melalui jualan dalam talian di sini Isnin lalu.

Mangsa yang berurusan dengan sindiket berkenaan melalui akaun Facebook untuk membeli kereta jenis Myvi 1.5S yang diiklankan oleh suspek dengan harga RM 36,000.

Lelaki terbabit bersetuju untuk membeli kereta berkenaan dan suspek meminta mangsa membayar sejumlah RM 6,850 bagi memudahkan mangsa mendapatkan kereta dengan kadar segera.

Selepas membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat ke dalam akaun CIMB bank yang diberikan oleh suspek sebanyak enam kali pembayaran sejak 23 Oktober dan bayaran terakhir pada 27 Oktober lalu, mangsa cuba menghubungi suspek.

Namun malangnya suspek tidak dapat dihubungi dan mangsa merasa tertipu dan seterusnya membuat laporan polis Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik menasihatkan supaya orang ramai tidak tertipu dengan sindiket seumpama ini.

“Sememangnya tawaran dalam iklan di laman sosial menawarkan harga rendah tetapi pelanggan berisiko tertipu kerana tidak dapat melihat kenderaan yang dibeli terlebih dahulu.

“Sepatutnya jika hendak beli kenderaan pelanggan perlu merujuk kepada wakil jualan yang sah atau premis kereta terpakai yang sah dan pelanggan boleh melihat sendiri kenderaan yang dibeli dan kes penipuan dapat dielakkan,”katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/jurukimpal-diperdaya-sindiket-curi-kereta-1.750012

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS