Berita

D11 JSJ ANJUR SEMINAR PEGAWAI PENYIASAT MANTAPKAN SOP SIASATAN

D11 JSJ ANJUR SEMINAR PEGAWAI PENYIASAT MANTAPKAN SOP SIASATAN

Kuala Lumpur, 8 Januari 2018 – Seiring dengan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkasakan aspek siasatan dan perundangannya, Bahagian D11 (Siasatan Seksual / Kanak-Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah mengadakan Seminar Pegawai Penyiasat Bahagian D11 Bilangan 1/2018 yang bertempat di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Seminar ini berobjektifkan untuk melengkapkan pegawai penyiasat kanan, pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat dengan prosedur penyiasatan yang berkualiti sejajar dengan arahan penyiasatan mengikut trend jenayah semasa.

Selain itu, seminar ini juga berperanan dalam meningkatkan motivasi dan keyakinan diri bagi memupuk semangat kerja dan bertindak lebih rasional semasa menjalankan siasatan. Ia sekaligus membantu mengendalikan pengurusan stress dalam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti serta persekitaran kerja yang positif.

Dalam pada itu, upacara perasmian seminar pada hari ini telah disempurnakan oleh Program Seminar, Superintendan Siti Kamsiah Hassan, Ketua-ketua Unit D11, pegawai-pegawai kanan polis dan peserta-peserta seminar.

0S4A0302
Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/ Perundangan), DCP Dato’ Mohd Zakaria Ahmad ketika menjawab soalan pada sesi dialog.

Sekitar seminar..
0S4A02620S4A0217

0S4A0402
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS