Berita

102 PEGAWAI KANAN DAN PEGAWAI RENDAH PDRM TERIMA PJPN

Kuala Lumpur, 23 April 2018 – Seramai 102 orang pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai menghargai semangat kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan beliau melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima pingat di mana ianya merupakan sebahagian daripada manifestasi dan simbol kekuatan kepimpinan pasukan yang semestinya menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM agar terus berjuang mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

Majlis penganugerahan pingat pada hari ini menyaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim mendahului senarai yang disematkan pingat oleh Tan Sri Mohamad Fuzi diikuti oleh kesemua barisan pengarah PDRM.

Berlangsung dalam majlis yang sama, Tan Sri Mohamad Fuzi juga telah menyempurnakan sesi pemakaian pangkat kepada 18 pegawai kanan Polis yang telah dinaikkan pangkat ke Deputi Komisioner Polis (DCP), Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) dan Asisten Komisioner Polis (ACP) dari pelbagai kontinjen, formasi dan jabatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor,  Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat, pegawai-pegawai kanan serta warga PDRM dan rakan-rakan media.

1
Penerima PJPN bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara.

2
Pegawai kanan yang mendapat kenaikan pangkat bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara.

4
Sekitar ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

3
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

5
Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.

6
Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.

7
Sekitar nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

8
Sekitar nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

9
Sekitar nyanyian lagu Sang Saka Biru.

12
Sekitar nyanyian lagu Sang Saka Biru.

13
Sekitar bacaan doa.

10
Antara yang hadir memeriahkan majlis.

11
Antara penerima PJPN.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS