Berita

MESYUARAT MBJ BIL. 2/2018 - PDRM TEKAD PERKASA MUTU PERKHIDMATAN


Kuala Lumpur, 30 Mei 2018- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim mewakili Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2018 yang diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Tan Sri Noor Rashid menyeru semua peringkat jawatankuasa persatuan termasuk para ahli, bersatu hati serta cakna dengan peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat persatuan, seterusnya meningkatkan imej dan martabat pasukan.

Tambahnya lagi, gabungan kerjasama ini akan menghasilkan sinergi yang mantap bukan sahaja mampu menjaga ehwal kepentingan ahli dan organisasi dengan lebih berkesan, bahkan meningkatkan penyampaian mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.

 Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Setiausaha Polis Malaysia, Dato' Ramli Mohamed Yoosuf serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2018.


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2018.


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2018.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS