Berita

POLIS MINTA SAKSI KES SAMUN WARGA EMAS TAMPIL BANTU SIASATAN

Seremban, 18 Jun 2018 - Seorang wanita cedera selepas beg yang dibawanya disamun dua lelaki ketika keluar dari sebuah bank di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian 7.20 malam itu, mangsa yang berumur 69 tahun telah disamun dari arah belakang oleh dua lelaki memakai helmet bertutup penuh yang menaiki motosikal jenis Honda.

"Anggaran kerugian masih dalam siasatan, mangsa mengalami kecederaan ringan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes samun tersebut hendaklah memaklumkan kepada mana-mana balai polisyang berhampiran.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS