Berita

RUGI LEBIH RM12 RIBU DITIPU INDIVIDU JUAL KERETA

Kuala Lumpur, 23 Jun 2018 - Dua individu mengalami kerugian RM12,700 selepas terpedaya dengan seorang ejen penjual kereta terpakai bagi mendapatkan kenderaan sejak April hingga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kejadian itu disedari mangsa selepas mereka gagal memperoleh kenderaan seperti dijanjikan sebelum mereka membuat dua laporan polisberkaitan kes itu.

Menurutnya, turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu adalah bekas majikan syarikat suspek.

“Pada pertengahan April lalu, mangsa telah pergi premis menjual kereta terpakai untuk membeli Perodua Myvi dan membayar wang deposit sebanyak RM1,500. Kemudiannya telah menyerahkan lagi RM500 wang deposit kepada suspek sebelum membuat bayaran penuh sebanyak RM6,000 kepada akaun milik suspek pada awal Mei lalu.

“Bagaimanapun, ketika berjumpa dengan majikan syarikat, suspek memaklumkan pengadu baru membuat bayaran sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir turut memberitahu, mangsa kedua juga telah tertipu dengan modus operandi yang sama.

Ujarnya, buat masa ini usaha memburu suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS