Berita

POLIS CARI CALVIN DANIAL

Polis Selangor memohon kerjasama daripada orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang menjadi saksi perbicaraan berhubung kes bunuh dan culik di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, esok.

Saksi dikenali sebagai Calvin Danial atau Mohamad Daniel Jaganethen, 28, dipercayai bekerja sebagai pemandu dengan alamat terakhir di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, Perak dicari bagi membantu memberi keterangan kes culik dan bunuh mengikut Seksyen 3(1) Akta Colek 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi terbabit diminta menghubungi mana-mana balaipolis berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Norazmi Yaakob di talian 019-8128911 atau emel ke norazmi@rmp.gov.my dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat PolisDaerah Subang Jaya. – HARIAN METRO ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS