Berita

DOKTOR PELATIH DIPERDAYA SINDIKET MACAU SCAM

Kuantan, 27 Oktober 2018 - Seorang doktor pelatih kerugian sebanyak RM12,400 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwanya terlibat dalam penggubahan wang haram sebanyak RM1 juta di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 28 tahun menerima panggilan telefon kira-kira jam 9.07 pagi daripada individu yang memperkenalkan diri dari Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Mangsa seorang lelaki diberitahu terlibat dengan penama Tan Wai Ping dalam kes penggubahan wang haram sebanyak RM1 juta sebelum panggilan disambungkan kepada 'Inspektor Wong' dan 'Inspektor Kamarul'.

"Mangsa bertambah cemas apabila dimaklumkan terlibat dengan dadah sebelum talian disambung pula kepada 'juruaudit' Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla) iaitu Lim yang memintanya melakukan pemindahan wang," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, tanpa berfikir panjang mangsa segera melakukan beberapa transaksi dalam talian sehingga menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis. - UTUSAN ONLINE

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS