Berita

DATO' NERITA WANITA PERTAMA DILANTIK TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN (LATIHAN) PDRM

Kuala Lumpur, 14 Januari 2019 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman yang baharu, DCP Dato' Nerita Yaacob melakar sejarah sebagai pegawai kanan wanita pertama dilantik ke jawatan itu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau menggantikan DCP Dato' Narenasegaran Thangaveloo yang dinaikkan ke pangkat Komisioner Polis (CP) bagi menjawat jawatan Ketua Polis Pulau Pinang.

Dato' Nerita yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman dinaikkan pangkat daripada Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) ke Deputi Komisioner Polis (DCP) dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Persada, Bukit Aman.

Majlis tadi disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Kenaikan pangkat DCP Dato' Nerita merupakan satu sejarah kerana jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sebelum ini hanya disandang oleh pegawai kanan lelaki yang sekali gus menjadi simbolik sebagai 'pengurus' kepada semua Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Maktab PDRM yang ada di seluruh negara.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Mohamad Fuzi turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CP Dato' Narenasegaran atas segala khidmat bakti yang telah beliau curahkan dalam bidang akademik PDRM sejak dilantik ke jawatan itu pada bulan Oktober 2016 yang lalu. 

Beliau turut berharap agar kecemerlangan yang dikecapi oleh Bahagian Latihan Bukit Aman pada hari ini dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi di bawah pentadbiran yang baharu.

Hadir sama tadi Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, DCP Dato' Abd Jalil Hassan, para pegawai kanan Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan wakil-wakil media.

Image may contain: 3 people, people smiling, text
DCP Dato' Nerita Yaacob melakar sejarah sebagai pegawai kanan wanita pertama dilantik ke jawatanTimbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
DCP Dato' Narenasegaran Thangaveloo menyerahkan tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman kepada DCP Dato' Nerita Yaacob.

Image may contain: 2 people
Sekitar pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: 2 people
Sekitar pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: 12 people, people smiling, indoor
Sesi bergambar kenangan.

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS