Berita

DATO' MOHD RAFIQUE: DARI KOMANDAN, KINI KOMANDER PGU PDRM

Kuala Lumpur, 17 Januari 2019 - Bekas Komandan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh, Perak, DCP Dato' Mohd Rafique Ramli Ariffin hari ini secara rasminya menjadi Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.

Majlis Serah Terima Tugas Komander PGU telah diadakan di antara ACP Nasaruddin Abdul Mubin dengan DCP Dato’ Mohd Rafique sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Bilik Mesyuarat Pengarah KDNKA, Aras 29 Menara 1, Bukit Aman.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, ilmu yang mendalam serta pengalaman luas Dato’ Mohd Rafique selama 31 tahun dalam PGU telah memberi kepercayaan kepada pasukan untuk melantik beliau sebagai Komander yang kesembilan PGU PDRM.

Majlis tadi juga menyaksikan Dato' Mohd Rafique telah menyerahkan tugas Komandan PLPGU kepada penyandang baharu, ACP Hamdan Abas. 

Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PGU di antara Puan Norhainah Anuar dengan Datin Sanita Kelazan dan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP PLPGU di antara Datin Sanita dengan Puan Rozita Md. Jani sambil disaksikan oleh Naib Pengerusi 2 PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Suhaidah Othman.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Gerakan KDNKA, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), DCP Dato’ Roslan Bek Ahmad dan Timbalan Pengarah KDNKA (Operasi), DCP Dato’ Fisol Saleh.

1
DCP Dato' Mohd Rafique Ramli Ariffin hari ini secara rasminya menjadi Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.

6
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Komander PGU di antara ACP Nasaruddin Abdul Mubin dengan DCP Dato’ Mohd Rafique sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di Bilik Mesyuarat Pengarah KDNKA, Aras 29 Menara 1, Bukit Aman.

2

3
Sekitar Upacara Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Komandan PLPGU di antara Dato’ Mohd Rafique dengan Komandan baharu, ACP Hamdan Abas.

4

7
Sekitar Upacara Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP PLPGU di antara Datin Sanita Kelazan kepada Puan Rozita Md. Jani disaksikan oleh Naib Pengerusi 2 PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Suhaidah Othman.

9

10
Sekitar Upacara Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP PGU di antara Puan Norhainah Anuar kepada Datin Sanita Kelazan disaksikan oleh Naib Pengerusi 2 PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Suhaidah Othman.

122

11

8
Ucapan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS