Berita

KOLOKIUM KAUNSELOR PDRM PERKUKUH INTEGRITI WARGA PASUKAN


Cheras, 14 Februari 2019 – Dalam usaha membentuk warga pasukan yang berintegriti dan mampu memberi perkhidmatan kepolisan bertaraf dunia kepada masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menganjurkan Kolokium Kaunselor PDRM 2019 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari dari 13 hingga 14 Februari itu telah menghimpunkan seramai 197 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari seluruh Malaysia yang mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Peserta kolokium telah diberi pendedahan dan perkongsian kepakaran oleh para penceramah jemputan dari PDRM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang sebelum mereka (peserta) dilantik menjadi Kaunselor PDRM.

Berucap dalam majlis penutup kolokium tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim berhasrat agar pelantikan para peserta sebagai Kaunselor PDRM nanti dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan sepasukan.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noor Rashid turut menyampaikan Sijil Pelantikan Majlis Tertinggi Psikologi PDRM, Sijil Pelantikan Kaunselor PDRM dan Sijil Kecemerlangan Prestasi Psikologi PDRM kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Turut hadir, Pengarah JIPS selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Zamri Yahya, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Haji Lazim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin, pegawai kanan PDRM, pegawai rendah polis serta rakan media.

Imej mungkin mengandungi: 17 orang, orang senyum, orang ramai dan dalaman
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang berdiri
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan Sijil Pelantikan Majlis Tertinggi Psikologi PDRM kepada Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Sekitar penyampaian sijil.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri
Sekitar penyampaian sijil.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Sekitar penyampaian sijil.










PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS