Berita

SAMBUTAN PENUBUHAN PSP KE-63 DIRAI PENUH ISTIADAT

Cheras, 26 Februari 2019 - Kenderaan berperisai meriam air dan ‘Outside Broadcast Van’ (OBV) serta kuda penyurai rusuhan antara diperagakan dalam Peringatan Ulang tahun Pasukan Simpanan Polis (PSP) Ke-63 yang diadakan di Padang Kawad Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 12 pegawai kanan polis dan 417 pegawai pangkat rendah dari semua elemen dalam PSP Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dengan diiringi Komander PSP, SAC Hamzah Haji Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi berharap agar setiap warga PSP dapat melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.

“Sejajar dengan perkembangan semasa, PSP telah mencapai tahap kematangan menerusi kejayaannya dalam menangani isu ketenteraman awam serta prinsip ‘control and self-restraint’ yang diamalkan dalam kalangan pegawai dan anggota menjadikannya sebagai sebuah Pasukan disegani masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Mohamad Fuzi menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 252 para pegawai dan anggota PSP yang telah berkhidmat dalam era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Terdahulu, para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pertunjukkan kawad lintas hormat dari semua elemen PSP dengan diiringi Pancaragam Pusat PDRM, persembahan seni mempertahankan diri yang penuh mendebarkan dan demonstrasi pengurusan kententeraman awam melibatkan elemen kuda penyurai rusuhan dari Unit Berkuda PSP PDRM.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, barisan pengarah PDRM dan wakil-wakil media.

Image may contain: 57 people, people smiling
Pegawai dan Anggota PSP bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: 1 person, standing, fire and outdoor
Aksi seni mempertahankan diri silambam yang dipersembahkan kepada penonton yang hadir.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Aksi seni mempertahankan diri silat gayung yang dipersembahkan kepada penonton yang hadir.

Image may contain: 1 person, hat
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyempurnakan gimik perasmian.

Image may contain: crowd and outdoor
Sekitar sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS