Berita

BAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI SECARA SUKARELA MUDAHKAN WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 5 Mac 2019 – Bagi memudahkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenuhi syarat wajib membayar zakat pendapatan, PDRM kini telah menyediakan inisiatif menunaikan kewajipan itu melalui potongan gaji secara sukarela sekaligus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Berucap sempena Majlis Penyerahan 'Mock Cheque' Zakat Wakalah PDRM Tahun 2019, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebanyak RM421,670 telah dimasukkan ke akaun tabung zakat wakalah PDRM Bukit Aman yang diuruskan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Menurut beliau lagi, kesemua pungutan yang diterima akan diagihkan kepada tiga golongan asnaf PDRM iaitu golongan miskin, muallaf dan fisabilillah. 

"Bagi golongan asnaf miskin, bantuan zakat yang diperuntukkan adalah sebanyak RM50,000, manakala golongan asnaf muallaf pula sebanyak RM12,000 dan yang terakhir, golongan asnaf fisabilillah sebanyak RM359,670," ujar beliau.

Menurutnya lagi, kesemua agihan tersebut meliputi bantuan seperti persekolahan anak-anak, perubatan, musibah, kelas pemantapan agama, aktiviti keagamaan di Masjid Bukit Aman, surau satelit dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA). 

Kemuncak majlis tadi, Tan Sri Mohamad Fuzi yang mewakili seluruh warga PDRM telah menerima 'mock cheque' daripada Timbalan Pegawai Eksekutif Operasi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ustaz Mohd Nizam Haji Yahya sebagai simbolik penyerahan wang zakat wakalah PDRM tahun 2019.

Yang turut hadir, Pengarah JIPS, CP Dato’ Zamri Yahya, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, DCP Dato’ Hashim Ali, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, SAC Shafien Mamat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, para pegawai kanan PDRM dan delegasi MAIWP serta Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun yang mewakili seluruh warga PDRM telah menerima 'mock cheque' daripada Timbalan Pegawai Eksekutif Operasi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ustaz Mohd Nizam Haji Yahya sebagai simbolik penyerahan wang zakat wakalah PDRM tahun 2019.

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Sekitar Majlis Penyerahan 'Mock Cheque' Zakat Wakalah PDRM Tahun 2019.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Sekitar Majlis Penyerahan 'Mock Cheque' Zakat Wakalah PDRM Tahun 2019.

Image may contain: 3 people, people smiling, suit
Sekitar Majlis Penyerahan 'Mock Cheque' Zakat Wakalah PDRM Tahun 2019.

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing and indoor
Bergambar kenangan.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS