Berita

9,988 WARGA PDRM SELURUH KONTINJEN TERIMA APC

Kuala Lumpur, 6 Mac 2019 - Seramai 9,988 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh kontinjen menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat pasukan tahun 2018.

Majlis Penyampaian APC Tahun 2018 dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, dekat sini.

Dalam majlis tersebut, seramai 33 wakil setiap penerima APC tahun lalu menerima segulung Sijil Penghargaan KPN dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000, setiap seorang.

Mendahului penerima APC Tahun 2018 daripada Tan Sri Mohamad Fuzi tadi adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohmad Salleh diikuti Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Johor, CP Dato’ Mohd Khalil Kader Mohd.

Berucap dalam majlis tadi, Tan Sri Mohamad Fuzi menghargai setiap sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan oleh segenap lapisan warga PDRM terhadap pasukan disamping menghargai peranan yang dimainkan oleh PTPTN dalam menjayakan majlis pada hari ini.

“Begitulah juga pengharapan saya kepada para penerima anugerah pada hari ini, agar menjadikan pengiktirafan ini sebagai pemangkin untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, negara dan Pasukan.

"Never rest on your laurels. No matter how much you have done, or how successful you have been, there is always more to do, more to learn and more to achieve!,” ujar beliau.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Eksekutif Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, barisan pengarah PDRM, pesuruhjaya polis, ketua polis negeri dan wakil media.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian APC Tahun 2018.

Image may contain: 25 people, people smiling, indoor
Penerima APC Tahun 2018 bergambar bersama pucuk pimpinan PDRM.

No photo description available.
Sijil Penghargaan KPN dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000 diberikan kepada penerima APC Tahun 2018.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian sijil penghargaan APC tahun 2018 kepada para penerima.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian sijil penghargaan APC tahun 2018 kepada para penerima.


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian sijil penghargaan APC tahun 2018 kepada para penerima.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS