Berita

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS JOHOR

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS JOHOR

Kajang, 6 Mac 2019 – "Terima kasih di atas keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi polis Johor kerana sudi meluangkan masa melawat suami saya," begitulah ucapan yang dizahirkan oleh Rahimah Abd Ghani isteri kepada Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Sedili, Sarjan Pathil Man yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalankan tugas pada 19 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk Khalil Kader Mohd telah meluangkan masa melakukan lawatan kebajikan ke atas Sarjan Pathil di kediamannya dekat sini, tengah hari tadi.

Menurut isterinya, dalam insiden kemalangan tersebut, Sarjan Pathil telah dilanggar dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan beliau mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala selain patah tulang rusuk kanan, cedera sebelah mata dan kini hanya terlantar di rumah.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Johor, Datin Radziah Zakaria, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pegawai-pegawai kanan PDRM dan ahli-ahli PERKEP Johor serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Orang awam yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi nombor akaun Maybank 151016927538 di atas nama Rahimah Binti Abd Ghani.

0S4A9429
0S4A9456
0S4A9459
Sekitar lawatan kebajikan Ketua Polis Johor, CP Datuk Khalil Kader Mohd ke atas Sarjan Pathil Man.

0S4A9472
0S4A9484
Ketua Polis Johor, CP Datuk Khalil Kader Mohd dan Pengerusi PERKEP Johor, Datin Radziah Zakaria  menyampaikan sumbangan kepada isteri Sarjan Pathil Man, Rahimah Abd Ghani
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS