Berita

SARUNG BERET ‘MAROON’, 15 OPERATIF BAHARU UTK SEDIA DIATUR GERAK

Kuala Lumpur, 8 Mac 2019 – Seramai 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya telah menjadi operatif Unit Tindakhas (UTK) PDRM setelah berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas UTK baru-baru ini. 

Berikutan itu, satu majlis pemakaian beret ‘maroon’ kepada operatif baharu UTK oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani telah diadakan di perkarangan Kompleks UTK Bukit Aman bersempena Lawatan Kerja pertama beliau sejak menjawat jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu.

 Turut diadakan, Upacara Penganugerahan Beret Kehormat UTK dan Penyampaian Sijil Kepada Dato’ Sri Acryl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin. 

Terdahulu, Timbalan Komander UTK (Operasi), ACP M.V Srikumar Madhavan Nair turut menyampaikan taklimat khas kepada Dato’ Sri Acryl Sani dalam Bilik Gerakan UTK. 

Turut sama hadir pada hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), DCP Dato’ Mastor Mohd Arif, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Operasi), DCP Dato’ Fisol Salleh dan pegawai-pegawai kanan PDRM Bukit Aman.

0S4A9901
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9785
Sekitar upacara pemakaian beret kepada operatif baharu Unit Tindakhas oleh Pengarah Jabatan KDNKA.

0S4A9792
Sekitar upacara pemakaian beret kepada operatif baharu Unit Tindakhas oleh Pengarah Jabatan KDNKA.

0R9A6373
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0R9A6380
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0S4A9736
Upacara Penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas kepada Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Acyrl Sani oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairuddin.

0S4A9834
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9829
Sesi bergambar kenangan.

0S4A9826
Sesi bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS