Berita

PPM DAN KCG PERKUKUH KERJASAMA DEMI KESELAMATAN MARITIM DI PERAIRAN NEGARA

Klang, 18 Mac 2019 – Dengan peningkatan bilangan kapal-kapal dagang yang melalui perairan Malaysia saban tahun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi  Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa melakukan pelbagai usaha dalam memastikan keselamatan maritim yang merangkumi hal ehwal berkaitan keselamatan pelayaran dan pelaut sentiasa terjamin. 

Usaha yang dilakukan secara berterusan dan proaktif itu antaranya mewujud dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan di kalangan pelbagai agensi pengawal dan marin di rantau Asia, termasuk, hubungan dua hala di antara PPM dengan Korea Coast Guard (KCG) yang terjalin sejak tahun 2001. 

Menerusi Program Capacity Building yang akan diadakan bermula dari 18 hingga 21 Mac ini dan Kunjungan Kapal KCG yang berlangsung di Jeti Bousted Cruise Centre, dekat sini, pagi tadi, KCG dilihat terus mengekalkan kepercayaan terhadap PPM sebagai rakan strategik keselamatan perairan utama di Malaysia.

Bercakap dalam satu sidang media, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri  dan Ketenteraman Awam (KDNKA)(Operasi) PDRM, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim menyatakan bahawa kerjasama di antara dua agensi ini telah bermula sejak 18 tahun yang lalu dan saling berkongsi pengetahuan dan kepakaran di antara satu sama lain.

“PDRM yakin dengan kerjasama dua hala ini akan meningkatkan keupayaan PPM menghadapi cabaran jenayah maritim terutamanya jenayah rentas sepadan yang semakin mencabar,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa PDRM sentiasa komited dalam menjaga kedaulatan perairan negara dengan apa cara sekalipun.

Sementara itu, ketibaan Training Ship KCG 3011 (BANDARO) milik Korea Coast Guard (KCG) seberat 4,400 tan dengan kekuatan 116 anak kapal itu disambut mesra oleh Dato’ Zainal Abidin bersama warga kerja Markas Operasi PPM Wilayah (1) Pelabuhan Klang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Komander PPM, SAC Haji Mohd Yusoff Mamat, Presiden Akademi KCG, Senior Supritendent General Ko Myung Suk bersama serta 150 kadet, para pegawai dari Kedutaan Korea, pegawai-pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)(Operasi) PDRM, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim bergambar kenangan di atas kapal Training Ship KCG 3011 (BANDARO).

Image may contain: ocean, sky, water and outdoor
Ketibaan kapal Training Ship KCG 3011 (BANDARO) di Jeti Bousted Cruise Centre.

Image may contain: 1 person, sky, outdoor and water
Warga kerja PPM menyambut ketibaan kapal Training Ship KCG 3011 (BANDARO) di Jeti Bousted Cruise Centre.

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Ucapan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)(Operasi) PDRM, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.

Image may contain: 13 people, people smiling
Krew kapal Training Ship KCG 3011 (BANDARO) menyampaikan taklimat kepada CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS