Berita

KEJOHANAN RAGBI PIALA RUJIRAWONGSE 2019: BUAT YANG TERBAIK!- KPN

Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 - Atlet Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berdepan pasukan lawan dari Royal Thai Police (RTP) dalam Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Tahun 2019, sedia mengharumkan nama pasukan dalam dua perlawanan yang disertai.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau berasa bangga dan teruja apabila melihat para pegawai dan anggotanya akan bersama-sama membawa cabaran pasukan dalam kejohanan secara tahunan itu.

Seramai 40 atlet PDRM telah terpilih menyertai dua acara yang dipertandingkan pada kali ini iaitu ‘Veteran’ dan ‘Open’.

“Pesanan saya kepada semua atlet ragbi PDRM supaya buatlah yang terbaik. Saya doakan agar sasaran kita menjadi johan dalam kedua-dua acara mampu diperoleh oleh PDRM,” ujar beliau ketika Majlis Perjumpaan Pasukan Ragbi PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi lagi, penganjuran kejohanan ini merupakan satu daripada usaha kedua-dua pasukan penguatkuasa utama negara berjiran itu (Malaysia-Thailand) untuk memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin.

Sebagai rekod, kali terakhir PDRM menjulang Piala Rujirawongse adalah pada tahun 2016 lalu sewaktu menjadi tuan rumah di gelanggang sendiri.

Yang turut hadir tadi, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Naib Pengerusi Majlis Sukan PDRM, SAC Dato’ Abd Majid Ali, Pengelola Pasukan Ragbi PDRM, SAC Abd. Ghani Ji, Pengarah Urusan Syarikat Viral Berhad, Dato' Ahmad Zakir Nizam Haji Bidin dan wakil Syarikat Tackle Asia, Ahmad Fauzan Jaafar yang menaja jersi rasmi Pasukan Ragbi PDRM serta Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun diperkenalkan kepada Pasukan Ragbi PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, crowd, tree and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar bersama Pasukan Ragbi PDRM.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: 10 people, people sitting, table and indoor
Antara tetamu terhormat yang hadir ke Majlis Perjumpaan KPN bersama Pasukan Ragbi PDRM.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun diperkenalkan kepada Pasukan Ragbi PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: 1 person, outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memberi kata semangat kepada Pasukan Ragbi PDRM. Image may contain: 2 people, people standing, crowd, sky and outdoor
Sekitar Majlis Perjumpaan KPN bersama Pasukan Ragbi PDRM.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS