Berita

KPDRM, RESPA dan PIKM JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 - Seiring dengan usianya yang hampir menjangkau 91 tahun, Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) telah melakukan pelbagai pendekatan dan inisiatif melalui transformasi demi kepentingan para ahlinya.

Ini terbukti apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KPDRM dengan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bertempat di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun merangkap Yang Dipertua KPDRM dalam ucapannya berkata, KPDRM kini tidak lagi terlalu memfokuskan kepada tawaran kemudahan kewangan semata-mata, sebaliknya terus mengorak langkah dengan meneroka pelbagai peluang dalam sektor industri bagi memperkukuh kedudukan dan seterusnya memberi pulangan kembali kepada warga PDRM sendiri.

"Kerjasama strategik tersebut pastinya akan memberi peluang kepada semua agensi yang terlibat bagi mendapatkan kepakaran terutama bagi perkongsian pengetahuan mengenai perniagaan dan kepemimpinan," ujar beliau.

Kemuncak majlis tadi adalah upacara menandatangani MoU dan pertukaran dokumen persefahaman di antara Pengerusi Koperasi PDRM Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob, Timbalan Presiden RESPA, Dato’ Mangsor Ismail dan Presiden PIKM, Datuk Seri Mustapha Haji Ali yang disaksikan oleh Tan Sri Mohamad Fuzi.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, para pegawai kanan PDRM serta rakan-rakan media.

Image may contain: one or more people and people standing
Sesi pertukaran dokumen persefahaman di antara Pengerusi Koperasi PDRM Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakub dan Timbalan Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Dato’ Mangsor Ismail yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: one or more people and text
Sesi pertukaran dokumen persefahaman di antara Pengerusi Koperasi PDRM Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakub dan Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Mustapa Haji Ali yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: one or more people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memberi ucapan.

Image may contain: one or more people and suit
Timbalan Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Dato’ Mangsor Ismail memberi ucapan.

Image may contain: one or more people
Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Mustapa Haji Ali memberi ucapan.

Image may contain: one or more people and people standing
Sesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

Image may contain: one or more people and people standing
Sesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA).

Image may contain: one or more people and people standing
Sesi bergambar kenangan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS