Berita

PPKP DAN PPRP ADAKAN PERSIDANGAN TERGEMPAR BINCANG ISU IPCMC

Kuala Lumpur, 19 Mac 2019 - Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) telah mengadakan Persidangan Agung Tergempar (EGM) bagi membentangkan usul berkaitan pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagaimana yang dimumkan oleh kerajaan, baru-baru ini.

Persidangan selama dua hari yang bermula pada 18 Mac itu telah dipengerusikan sendiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dan turut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

IPCMC yang menggantikan Suruhanjaya Integriti dan Penguatkusaan (EAIC) akan menjadi badan bebas untuk meneliti aduan terhadap pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih menyeluruh.

Kemuncak EGM tadi adalah penyerahan memorandum oleh Presiden PPKP, SAC Sulaiman Yahya dan Presiden PPRP, Sub Inspektor Nurraji Rojo kepada Tan Sri Mohamad Fuzi.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Dato’ Mangsor Ismail, barisan pengarah PDRM dan rakan-rakan media.

0R9A0408
Presiden PPKP, SAC Sulaiman Yahya menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

Image may contain: 8 people, people standing and indoor
Sekitar nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and crowd
Bergambar kenangan.

Image may contain: 6 people, people playing musical instruments
Pembentangan usul memorandum oleh Inspektor Mohd Hafizuddin Mejah.

Image may contain: 4 people, people playing musical instruments
Pembentangan usul memorandum oleh SI Mohamad Hajemi Haji Omar.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS